Pagi ini markah penanda aras awal untuk iPhone 14 Pro yang dilengkapi A16 Bionic telah muncul di laman Geekbench. Dalam ujian satu teras ia mencatatkan 1879 markah dan dalam ujian multi teras pula ia mencatatkan 4664 markah. Ini adalah peningkatan daripada 1707/4674 markah yang dicatatkan A15 Bionic. Peningkatan hanyalah sekadar 10% untuk satu teras dan dalam ujian multi teras skor ini adalah lebih rendah.

Turut disahkan ialah kelajuan maksimum teras A16 Bionic ialah 3.46 GHz dan peranti turut menggunakan 6GB RAM. Ini ialah saiz RAM yang sama seperti iPhone 13 Pro Max tahun lalu. Dengan peranti sudah mula diberikan untuk ulasan beberapa maklumat lain seperti saiz bateri dan RAM untuk iPhone 14 mungkin akan diketahui dalam masa terdekat.
- Sumber
- Sumber – MacRumors