YouTube Player For Education Dilancarkan Untuk Penstriman Tanpa Iklan Di Classroom

Diterbitkan pada Sep 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

YouTube melancarkan Player for Education hari ini bagi membolehkan video dari YouTube dimainkan dalam aplikasi pembelajaran seperti Classroom tanpa paparan iklan, video saranan lain dan pautan luaran yang boleh mengganggu sesi pembelajaran atas talian.

Pada peringkat awal EDpuzzle, Purdue University dan Purdue Global turut bersetuju menyokong YouTube Player for Education pada platform pembelajaran atas talian mereka. Sepanjang pandemik video dalam kelas diganggu iklan kerana guru tidak mempunyai langganan Premium adalah isu yang kami lihat sendiri di depan mata. Diharapkan ciri dapat dikembangkan kerana penggunaan video YouTube untuk pembelajaran masih lagi dilakukan untuk mata pelajaran tertentu di sekolah.

komen


© Amanz / 2022 Kami