Cari @ Amanz

Motorola Edge 30 Ultra kini dilancarkan secara rasmi. Ia bagaimanapun hanyalah sebuah Motorola X30 Pro yang dijenama semula untuk pasaran di luar China. Baik dari segi rekaan mahupun perkakasan dalaman, tiada perbezaan dapat dilihat diantara kedua duanya.

Motorola Edge 30 Ultra dilengkapi skrin sebesar 6.67-inci pOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori 12GB RAM LPDDR5 dan storan sehingga 512GB. Bateri pula sebesar 4,610mAh yang boleh dicas secara berwayar dengan kuasa output 125W TurboPower dan niwayar 50W.

Kamera utama terdiri dengan 200MP ISOCELL HP1 (OIS) dengan sensor 1/1.22-inci. Turut disertakan adalah kamera 50MP untuk ultra-lebar dan telefoto yang menawarkan zum optikal 2X. Kamera ini turut boleh merakam video sehingga 8K, kemudian boleh direndahkan kepada 4K HDR10+ sekiranya mahu. Kamera swafoto pula 60MP (OmniVision OV60a).

Untuk harga, Motorola Edge 30 Ultra dijual bermula €900 (~RM4,072) dengan pilihan warna seperti Interstellar Black dan Starlight White.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd