Cari @ Amanz

Sebuah lagi telefon pintar baharu Motorola yang turut diumumkan adalah Edge 30 Fusion. Ia hadir dengan binaan tubuh nipis bersama skrin melengkung pada kedua-dua sisi. Turut disertakan adalah sistem tri-kamera di belakang dengan sensor utama 50MP.

Untuk spesifikasi, Motorola Edge 30 Fusion menggunakan skrin sejenis POLED sebesar 6.55-inci dengan kadar segar semula 144Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 888+, memori sehingga 12GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman mencapai 512GB (UFS3.1). Bateri 4,400mAh disertakan dengan sistem pengecasan berwayar 68W yang mampu mengecas peranti sehingga 50% sekitar 10 minit.

Kamera utama pula terdiri dengan 50MP (1/1.15-inci) bersama 13MP untuk ultra-lebar dan 2MP pula makro. Kamera hadapan sebesar 32MP. Motorola Esge 30 Fusion dijual pada €600 (~RM2715) dengan beberapa pilihan warna seperti Cosmic Grey, Aurora White, Solar Gold dan Neptune Blue.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd