Samsung Galaxy A13 5G Kini Di Malaysia Pada Harga RM1099

Diterbitkan pada Sep 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung kini membawa masuk satu lagi model telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, dibawah siri Galaxy A, iaitu Galaxy A13. Telefon terbaru ini turut hadir dengan sokongan rangkaian 5G bersama dengannya.

Galaxy A13 5G hadir dengan skrin 6.5-inci HD+ TFT, dilengkapi cip MediaTek Dimensity 700, memori 4GB RAM, dan storan dalaman 64GB.

Ia dilengkapi kamera utama 50-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 5-megapixel. Pada bahagian bateri, Galaxy A13 5G menyertakan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 15W.

Samsung Galaxy A13 5G ini dijual pada harga RM1099 di Malaysia bermula hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami