Carian
Proton Menubuhkan PRO-NET Untuk Menjual Kenderaan Tenaga Baharu
September 9, 2022 Effi Saharudin

Dunia semakin berubah dan antara yang paling ketara dilihat ialah penggunaan kenderaan elektrik yang semakin meningkat. Sebagai syarikat kenderaan nasional pertama, Proton tidak mahu ketinggalan menceburi arena kenderaan elektrik, oleh itu hari ini Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) telah ditubuhkan bagi mengendalikan jualan kenderaan tengara baharu (NEV).

Anak syarikat ini diketuai oleh Zhang Qiang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Salawati Mohd Yusoff, sebagai Ketua Pegawai Jenama (CBO) dan Sua Chek Hoong sebagai Ketua Pegawai Informasi. Kenderaan pertama yang akan dipasarkan oleh PRO-NET ialah Smart #1 yang dikeluarkan oleh Smarty – juga sebuah syarikat kenderaan di bawa payung Geely.

Kereta elektrik Smart #1 ini merupakan sebuah kereta sedan kompak empat pintu, hadir dengan motor berkuasa kuda 262, dengan kelajuan maksimum 180 km/j. Ia juga menawarkan perjalanan sehingga 440 km dengan sekali pengecasan penuh – serta boleh dicas sehingga 80% dalam masa 30 minit melalui pengecasan 150 kW DC.

Komen