Cari @ Amanz

NVIDIA baru-baru ini telah mengacahkan sebuah acara yang akan diadakan pada 20 September ini dengan nama GeForce Beyond dimana mereka dijangka akan memperlihatkan berita lanjut mengenai pelancaran siri kad grafik NVIDIA GeForce 4000 “Ada Lovelace”.

Acara ini akan diadakan sewaktu acara NVIDIA Graphics Technology Conference yang akan berlangsung pada 19-22 September ini. Secara lazimnya, acara pelancaran siri kad grafik baru NVIDIA akan berlaku selepas acara ini, jadi ia dijangka bahawa NVIDIA hanya akan memperlihatkan beberapa butiran mengenai siri kad grafik ini di acara tersebut.

Setakat ini, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa NVIDIA akan melancarkan kad-kad grafik mereka secara berperingkat, bermula dengan NVIDIA GeForce RTX 4090 terlebih dahulu, diikuti GeForce RTX 4080, GeForce RTX 4070 dan GeForce RTX 4060 secara selang sebulan untuk mencuba mengurangkan inventori siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000.

Apa-apa pun, bulan September dan Oktober ini dijangka akan sibuk dengan pengumuman produk baru daripada syarikat-syarikat komponen seperti AMD, Intel dan NVIDIA.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd