Motorola Edge 30 Ultra dan Edge 30 Fusion telah dilancarkan secara rasmi dengan penawaran menarik masing-masing. Tidak terhenti di situ apabila Motorola Edge 30 turut diumumkan dalam acara pelancaran yang sama.

Ia merupakan peranti 5G dengan janaan cip Snapdragon 695. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri 4,020mAh yang disertakan menyokong sistem pengecasan pantas 68W. Pengecasan nirwayar 5W turut disertakan.

Seterusnya, saiz skrin adalah 6.28-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Tetapan kamera utama pula 64MP (utama) + 13MP (ultra-lebar + makro) dengan kobolehan merakam video maksimum pada FHD/60fps. Lain-lain spesifikasi termasuklah NFC, GPS, Bluetooth 5.1, NFC dan sambungan port USB-C.
Motorola Edge 30 Neo dijual pada EUR 369 (~RM1672) dengan pilihan warna seperti Very Peri, Black Onyx, Ice Palace dan Aqua Foam.