Pengguna Android sudah tidak perlu cemburu dengan pengguna iPhone mengenai teknologi perkongsian fail yang pantas dan mudah. Nearby Share adalah jawapan Google kepada AirDrop oleh Apple.
Tetapi, masih tiada ciri untuk pindahkan fail antara Android ke iPhone sepantas Nearby Share atau AirDrop. Terbaru, Google akan memperkenalkan Self Share pula untuk pengguna berkongsi fail antara dua peranti berbeza dengan akaun yang sama.

Ciri ini tidak akan meminta pengesahan pengguna untuk menerima fail jika peranti adalah akaun sama dengan peranti penghantar. Selain itu, pengguna turut boleh melakukan perkongsian antara telefon ke tablet dengan mudah. Ciri perkongsian ini adalah untuk memudahkan seorang pengguna kongsi fail ke peranti kedua dengan akaun sama tanpa memerlukan sebarang pengesahan.
Tidak pasti lagi, bila ciri ini akan diedarkan. Tetapi besar kemungkinan Google akan memperkenalkan ciri ini kepada pengguna Chrome OS dahulu sebelum pengguna tablet dan telefon menerimanya.