Cari @ Amanz

Amputasi ialah prosedur terakhir diambil apabila anggota tubuh tidak lagi boleh digunakan bagi menyelamatkan nyawa. Selama ini bukti terawal manusia melakukan prosedur amputasi ditemukan di Perancis. Tetapi pasukan saintis dari Indonesia dan Australia kini menemukan bukti ia sudah wujud sekak 31,000 tahun yang lalu.

Rangka seorang remaja dar sebuah gua batu kapur di Kalimantan Timur menunjukkan bukti bahagian bawah kaki kiri beliau dipotong semasa kecil. Bahagian kaki kemudiannya pulih dan beliau meninggal dunia 6-9 tahun selepas anggota dipotong.

Kawasan tulang tidak menunjukkan trauma anggota terpotong akibat kemalangan atau serangan haiwan liar kerana tiada kesan retak. Sebaliknya potongan lurus memberikan petunjuk ini adalah sebuah prosedur perubatan yang dilakukan manusia lebih awal dari yang disangka sebelum ini. Kajian telah diterbitkan dalam jurnal Nature.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd