Carian
Semua Model iPhone 14 Dan 14 Pro Dilengkapi 6GB RAM
September 9, 2022 Effi Saharudin

Misteri mengenai saiz memori pada iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max terjawab hari ini selepas didedahkan dalam perisian Xcode 14 Beta. Ini adalah kali pertama sejak iPhone 11 model biasa dan Pro menggunakan saiz RAM yang sama.

Tetapi wujud spekulasi iPhone 14 dan iPhone 14 Plus menggunakan memori LPDDR4x dan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max pula menggunakan memori LPDDR5 yang lebih pantas. Ini masih belum boleh disahkan menerusi Xcode.

Jadi ini mungkin sebab utama mengapa harga jualan iPhone 13 dan iPhone 14 sungguh berbeza walaupun menggunakan cip A15 Bionic yang sama cuma dengan GPU bertambah satu teras.

Komen