Pada hari ini, Twitter sedia popular dengan penawaran butang ReTweet, membolehkan seseorang berkongsi semula kandungan terbitan yang lain pada profil masing-masing.
TikTok turut telah menambah ciri lebih kurang sama dinamakan ReShare, dan kini Instagram mengesahkan mereka sedang menguji ciri perkongsian semula di Feed.
Instagram sebelum ini sedia membenarkan perkongsian semula Instagram Stories, dan kini perkongsian di Feed juga dijangka akan boleh dikongsikan semula – sekaligus membolehkan rakan-rakan anda turut mengakses kepada kandungan yang disukai oleh anda.
Buat masa ini, Instagram masih sedang mengujinya, dan tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua.