Cari @ Amanz

Siri iPhone 14 sudah pun dilancarkan beberapa hari lepas. iPhone 14 dan iPhone 14 Plus adalah model asas dengan masih menggunakan cip A15 Bionic (versi GPU tambahan pada iPhone 13 Pro). Sementara iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max adalah versi paling mewah dengan kamera 48MP, skrin berlubang Dynamic Island, skrin lebih cerah dan dijana cip Apple A16 Bionic yang terkini.

Apple sejak iPhone 13 sudah mula mengasingkan antara model asas dan premium dengan menggunakan cip pemprosesan berlainan. Ini diteruskan dengan iPhone baharu, yang mana beza pada rekaan mula jelas kelihatan, beza pada kamera mungkin bukan satu kejutan, tetapi lain-lain?

Ming-Chi Kuo hari ini berkongsi yang iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan mempunyai perbezaan model yang lebih banyak. Apple dikatakan menggunakan teknik pengasingan sasaran pemasaran untuk meningkatkan lagi jualan.

Tambahan beliau lagi, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max pun nanti akan ada beza spesifikasi agar lebih ramai orang beli Pro Max yang serba lengkap dengan semua ciri dan fungsi baharu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd