Walaupun DNB telah menyediakan infrastuktur 5G di Pulau Pinang untuk beberapa bulan, kini akhirnya Yes secara rasminya melancarkan perkhidmatan 5G mereka secara rasminya di negeri tersebut.
Dengan langkah ini, pengguna di Pulau Pinang boleh menikmati kelajuan rangkaian 5G melalui rangkaian Yes.

Pengenalan rangkaian 5G ini juga dijangka akan membolehkan lebih banyak pelaburan dan industri mengadaptasinya pada era digital masa kini.
Buat masa ini, rangkaian ini tersedia sekitar Penang Creative Digital District dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Bagi yang berminat, boleh mencuba rangkaian Yes ini melalui pelan bermula RM58 sebulan.
