Cari @ Amanz

Yes hari ini melancarkan pelan 5G di Pulau Pinang secara rasminya, dan pada masa yang sama turut memperkenalkan sebuah produk baharu ditujukan kepada pengguna di rumah, iaitu Yes Wireless Fibre 5G.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menikmati akses internet laju di rumah – terutamanya pada era bekerja dari rumah pada masa kini.

Melalui pelan ini, ia menawarkan pakej berkelajuan sehingga 120Mbps pada harga RM148 sebulan. Ia hadir dengan penggunaan data 5G tanpa had, atau sehingga 150GB untuk rangkaian 4G.

Seperti biasa, ia hadir dengan kontrak 24 bulan. Yes juga turut menyerdiakan pelan berkas dengan dua talian Yes pada harga RM229 sebulan.

Buat masa ini, Yes menawarkan rangkaian 5G secara terhad di sejumlah negeri, termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd