Apple Dilaporkan Menyasarkan Lebih Jualan Untuk Siri iPhone 14 Pro, Berbanding Model Biasa

Diterbitkan pada Sep 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini mempunyai dua siri telefon pintar, iaitu siri iPhone 14 yang terdiri daripada iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, sementara siri iPhone 14 Pro yang terdiri daripada iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max.

Dari segi pembaharuan, siri iPhone 14 Pro mencuri perhatian ramai, dengan penyertaan cip pemprosesan baharu, kamera berkuasa, dan juga rekaan lubang pil yang interaktif melalui ciri “Dynamic Island”.

Selari dengannya juga, kini ia dikatakan Apple lebih menyasarkan model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max berbanding yang lain. Majoriti besar tempahan dan pengeluaran dilihat menyasarkan siri berkenaan berbanding dengan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus.

Malah, dari segi waktu tempahan sendiri, iPhone 14 Plus mengalami kelewatan untuk pasaran Malaysia berbanding kedua-dua model iPhone 14 Pro.

Untuk pengguna juga, mungkin disebabkan harga siri iPhone sedia mahal, mungkin mereka menambah lebih sedikit, dan menikmati penawaran model Pro dengan lebih banyak ciri baharu.

komen


© Amanz / 2022 Kami