Roblox merupakan salah satu permainan atas-talian dengan dunianya tersendiri, dan digunakan meluas oleh kanak-kanak untuk berinteraksi dan membangunkan sesuatu secara kreatif.
Terbaru, pihak Roblox menyatakan hasrat untuk mula memperkenalkan pengiklanan bermula tahun hadapan. Sebagai persediaan, mereka akan mula melakukan ujian rintis bermula penghujung tahun ini.
Pada hari ini, Roblox menjana pendapatan utama mereka melalui pembelian dalam-permainan memfokuskan kepada barangan maya.

Bercakap mengenai pengiklanan, Roblox sedia bereksperimen dengan format dinamakan “Portal”. Melaluinya, apabila pengguna berinteraksi dengan sesuatu jenama, mereka akan dibawa kepada komuniti jenama tersebut di Roblox.
Disamping itu, Roblox juga dilihat ingin bereksperimen dengan bentuk paparan iklan dalam dunia mereka, dimana iklan dipaparkan dalam bentuk papan tanda dalam dunia, atau seperti kedai yang dijenamakan sesuatu jenama dalam dunia Roblox. ini sekaligus berbeza dengan paparan iklan berbentuk pop-naik dan sebagainya.
Dengan langkah ini juga, Roblox akan memulakan era pengiklanan dunia metamesta yang dinantikan ramai, yang turut ingin dikuasai oleh Meta.