Antara ciri menarik yang diumumkan untuk iOS 16 pada Jun lalu ialah Shared Library yang memudahkan proses perkongsian gambar dengan ahli keluarga dan rakan menggunakan aplikasi Photos. Tetapi ciri yang sepatutnya tiba dengan iOS 16 pada 13 September telah ditangguh ke penghujung 2022.

Ini disahkan di lama Apple sendiri. Mengapa ia tidak akan diberikan bersama tidak pula diketahui pada waktu ini. Ciri ini sebenarnya amat berguna kerana gambar yang diambil dari aplikasi kamera akan terus dihantar ke album ahli keluar terus ke album mereka. Ia juga secara automatik memasukkan gambar ke album yang dikongsi menggunakan ciri pengecaman wajah.
- Sumber
- Sumber – AppleInsider