Menteri : Syarikat Telekomunikasi Jangan Memilih, Bahagikan Kawasan Liputan

Diterbitkan pada Sep 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menteri Komunikasi dan Multimedia kini mengingatkan supaya syarikat telekomunikasi tidak memilih atau membahagikan kawasan liputan sesama mereka.

Sebaliknya, syarikat telekomunikasi diminta menawarkan perkhidmatan secara sama rata di semua kawasan.

Disebabkan oleh pembahagian kawasan, ia membuatkan penduduk di sesuatu kawasan tidak dapat memilih penyedia telekomunikasi terbaik dengan liputan meluas di sesuatu perkampungan.

Menteri turut menekankan yang mana penyedia khidmat telekomunikasi wajar manfaatkan teknologi menara terkini yang membolehkan sehingga enam penyedia perkhidmatan ditawarkan melalui satu menara sama.

Disamping itu, ia turut ditekankan yang mana syarikat telekomunikasi turut mengambil kira soal kemanusiaan dalam menyediakan perkhidmatan mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami