Minggu ini YouTube memperkenalkan ciri Courses pula pada platform mereka yang akan membenarkan pemilik saluran menawarkan video kelas atas talian seperti yang ditawarkan oleh Masterclass. Dengan perkhidmatan berbayar ini, pemilik saluran boleh menjana pendapatan secara terus tapa bergantung kepada pengiklanan semata-mata.

Video di bawah Courses perlu dibeli sebelum boleh ditonton dengan terdapat episod prebiu percuma untuk melihat sama ada ia berbaloi ataupun tidak. Antara Course yang telah dihasilkan ialah asas koding dan menggunakan perisian popular utama. YouTube Courses kini ditawarkan kepada pengguna serta pemilik saluran dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan terlebih dahulu.
- Sumber
- Sumber – YouTube