Kapasiti bateri iPhone adalah misteri setiap tahun kerana tidak didedahkan oleh Apple. Tetapi selepas memasuki pangkalan data pendaftaran peranti di China saiz bateri untuk semua model iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akhirnya diketahui.

Saiz bateri adalah secara keseluruhan besar pada kesemua model kecuali iPhone 14 Pro Max. Ini adalah berita baik bagi mereka yang ingin membeli iPhone tahun ini kerana kombinasi bateri lebih besar dan cip A16 Bionic yang lebih menjimatkan bateri akan memberikan tempoh penggunaan bateri yang lebih panjang berbanding siri iPhone 13 yang sudahpun mempunyai reputasi yang baik.
- Apple iPhone 14 – 3279 mAh
- Apple iPhone 14 Plus – 4325 mAh
- Apple iPhone 14 Pro– 3200 mAh
- Apple iPhone 14 Pro Max – 4323 mAh
Sebagai perbandingan ini pula kapasiti bateri siri iPhone 13
- Apple iPhone 13 Mini – 2406 mAh
- Apple iPhone 13– 3227 mAh
- Apple iPhone 13 Pro – 3095 mAh
- Apple iPhone 13 Pro Max– 4352 mAh