Cari @ Amanz

Tahun lalu ciri rakaman video Apple ProRes diperkenalkan pada iPhone Pro bagi mendapatkan kualiti video yang sinematik. Ciri ini dikekalkan pada kedua-dua iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max tahun ini. Tetapi seperti tahun lalu bagi mereka yang ingin menggunakan ciri Apple ProRes 4K mereka perlu memilih model yang tepat.

Seperti tahun lalu, hanya model dengan storan minima 256GB sahaja boleh melakukan rakaman ProRes pada resolusi 4K. Pada model 128GB, ia dihadkan ke ProRes 1080P sahaja. Sebabnya adalah sama seperti tahun lalu iaitu ProRes 4K mengambil ruang storan yang besar berbanding format video lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd