Cari @ Amanz

Fujifilm X-H2 baru telah dilancarkan dengan kemampuan rakaman video 8K/30p ProRes. Bagi yang berminat, ia kini sudah mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga RM9,998 tanpa lensa. Kemudian meningkat kepada RM12,888 apabila disertakan bersama lensa kit XF16-80mm. Di samping itu, beberapa lensa lain turut sama ditawarkan oleh Fujifilm seperti XF56mm F1.2 R WR yang dijual pada RM4998, sementara itu GF20-35mm F4 R WR pula berharga RM12,888.

Kamera nircermin Fujifilm X-H2 merupakan antara yang terawal dilengkapi kemampuan rakaman video 8K/30p ProRes. Ia kemudiannya dipadankan dengan sensor 40.2MP CMOS 5 HR X-Trans bersama cip pengimejan X-Processor 5 dan sistem penstabilan IBIS 5 paksi.

Video resolusi 8K/30p ProRes boleh dirakam sehingga 30 minit/sesi, namun ia boleh digunakan dengan aksesori kipas penyejuk yang membolehkan rakaman video tanpa had sehingga storan penuh dilakukan. Sistem kad memori yang disokong ialah CFExpress Type B dan UHS-II SD.

Dalam pada itu, ciri Pixel Shift Multi-Shot pula membolehkan kamera mengambal gambar berasingan yang kemudiannya digabungkan menjadi gambar besar 160-MP secara automatik. Selain RAW dan JPEG, format gambar HEIF juga boleh digunakan serta kamera ini turut mempunyai kemampuan kalis air.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd