Cari @ Amanz

HP Malaysia telah hadir dengan beberapa penawaran terkini menerusi HP OMEN 16 dengan cip pemprosesan AMD dan Intel baharu. Bagi yang berminat, ia dijual pada bermula RM7,599 (AMD Ryzen 9 6900HX) dan RM7,799 (Intel Core i7-12700H). Komputer riba ini boleh didapati menerusi kedai atas talian rasmi HP di Lazada dan Shopee.

Untuk spesifikasi, ia dilengkapi skrin LCD 16.1-inci QHD (2560 x 1440) dan kadar segar semula 165Hz. Dua pilihan CPU ditawarkan iaitu AMD Ryzen 9 6900HX dengan GPU AMD Radeon RX 6650M. Sementara itu, cip Intel Core i7-12700H pula menggunakan GPU NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti. Ia turut dipadankan dengan memori 16 GB DDR5-4800 MHz RAM (2 x 8 GB) dan storan 1TB PCIe NVMe TLC M.2 SSD.

Kapasiti bateri pula sebesar 83Wh yang diiklankan mampu bertahan sehingga 9 jam penggunaan. Sebuah kamera beresolusi 720p HD bersama dwi-mikrofon digital turut sama digunakan. Pilihan I/O pula merangkumi port 2 X Thunderbolt 4 (USB4 Type-C 40Gbps) 1 X DisplayPort 1.4, 1 X USB Type-A (5Gbps), 2 X USB Type-A, 1 X HDMI 2.1, 1 X RJ-45, 1 X AC smart pin dan bicu audio.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd