Cari @ Amanz

Selain daripada OMEN 16, sebuah lagi komputer riba gaming di bawah siri HP Victus turut telah dikemaskini. Ia didatangkan dengan pilihan CPU Intel dan AMD baharu yang boleh didapati bergantung kepada keperluan pengguna. Bagi yang berminat, ia dijual pada RM3749 (Intel Core i7-11800H) dan meningkat kepada RM4,299 untuk AMD Ryzen 7 5800H.

Untuk spesifikasi, ia dilengkapi skrin 16.1-inci FHD (1920 x 1080) dan kadar segar semula 144Hz. Dua pilihan CPU ditawarkan iaitu AMD Ryzen 7 5800H dengan GPU AMD Ryzen 7 5800H. Seterusnya, cip IntelĀ® Core i7-11800H pula menggunakan GPU NVIDIA GeForce RTX 3060. Kapasiti memori pula 16GB DDR4-3200 MHz RAM (2 x 8 GB) dan storan 512 GB Intel PCIe NVMe M.2 SSD.

Kapasiti bateri pula 70Wh yang diiklankan mampu bertahan sehingga 8 jam penggunaan. Sebuah kamera beresolusi 720p HD bersama dwi-mikrofon digital turut digunakan. Pilihan I/O pula merangkumi port 1 X USB Type-C, 1 X DisplayPort 1.4, 1 X USB Type-A, 2 X USB Type-A, 1 X HDMI 2.1, 1 X RJ-45, 1 X AC smart pin dan bicu audio.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd