Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lalu, kerajaan Amerika Syarikat telah mengetatkan larangan perdagangan komponen-komponen teknologi oleh syarikat-syarikat AMD dan NVIDIA ke China, khususnya komponen-komponen cip pemprosesan dengan kebolehan kecerdasan buatan.

Terkini, tiga buah syarikat terbaru telah diarahkan untuk mengehadkan perdagangan dengan kerajaan China, termasuklah KLA Corp, Lam Research Corp dan Applied Materials Inc, yang mana ketiga-tiga syarikat ini lebih dikenali untuk membangunkan kelengkapan pembuatan cip pemprosesan.

China Amerika

Untuk ketiga-tiga syarikat ini, kerajaan Amerika Syarikat mengatakan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk menjual sebarang kelengkapan mengilang cip pemprosesan menggunakan proses 14nm kebawah (12nm, 10nm) dan perlu mendapatkan lesen Commerce Department terlebih dahulu untuk menjualnya kepada syarikat-syarikat di China.

Langkah kerajaan Amerika Syarikat ini cukup menarik kerana beberapa syarikat China seperti Huawei khususnya telah mula membangunkan sektor pengilangan cip pemprosesan mereka sendiri yang tidak memerlukan bantuan daripada sebarang pihak luar, khususnya apabila sekatan ekonomi yang dikenakan juga termasuk syarikat-syarikat yang berpusat di negara-negara yang bersahabat dengan Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd