Celcom Memulakan Ujian 5G Melibatkan Sejumlah Pelanggan Terpilih

Diterbitkan pada Sep 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom kini secara rasminya berkongsi, mereka telah memulakan ujian rangkaian 5G, melibatkan para pekerja Celcom, dan pada masa yang sama melibatkan sejumlah kecil pengguna.

Dengan langkah ini, ujian rangkaian 5G boleh dilakukan dan mendapatkan maklumbalas pengguna – sebelum ia diperkenalkan secara meluas kepada semua.

Celcom mengatakan, setakat hari ini, mereka telah bekerjasama dalam mengintegrasikan lebih 1000 tapak 5G ke rangkaian LTE dan LTE-A mereka.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan Celcom akan menawarkan rangkaian 5G mereka secara terhad di beberapa lokasi menjelang September ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami