Cari @ Amanz

Vivo 25 dan V25e telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos yang lalu. Ia dijual pada harga RM1,399 untuk V25e dan meningkat kepada RM1,799 untuk V25. Kedua-duanya berkongsi reka bentuk yang sama tetapi disertakan dengan perkakasan yang berbeza.

Terbaharu, Vivo dilihat dalam perancangan hadir dengan variasi pro pula. Peranti ini telah didapati tersenarai di laman web rasmi Vivo Malaysia bersama maklumat menganai tarikh pelancaran, spesifikasi utama dan sesi pratempahan. Melaluinya, pelancaran peranti dijadualkan berlangsung pada 20 September 2022 dan sesi pratempah disertakan hadiah bernilai hingga RM702.

Ianya terdiri dengan Foomee TWS serta waranti pelindungan skrin dan jaminan tambahan peranti selama satu tahun. Namun apa yang menjadi persoalan ketika ini hanyalah harga jualan rasmi peranti yang akan didedahkan pada pelancaran rasmi kelak.

Vivo V25 Pro 5G dilengkapi skrin AMOLED 120Hz sebesar 6.56-inci dan beresolusi FHD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan MediaTek Dimensity 1300, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri sebesar 4,830mAh digunakan dengan sistem pengecasan pantas 66W FlashCharge. Turut disertakan adalah kamera utama 64MP (OIS) + 8MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 32MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd