Carian
FCC Mencadangkan Had Tempoh 5 Tahun Untuk Melupuskan Satelit Yang Tidak Aktif
September 12, 2022 Nazrin

Industri angkasa lepas dunia dilihat bakal meningkat dengan pesat dalam beberapa tahun ini, dengan jangkaan bahawa sebanyak 18 ribut satelit aktif akan mengorbit bumi menjelang 2025 ini.

Federal Communications Commission, badan penyelia telekomunikasi di Amerika Syarikat telah memberi cadangan untuk melupuskan satelit-satelit yang tidak lagi mengorbit bumi untuk dilupuskan atau dinyah-orbitkan dari kawasan Low Earth Orbit ke angkasa lepas dalam masa lima tahun selepas tidak aktif digunakan berbanding dengan 25 tahun sebelum ini.

Pihak FCC dilihat mahu menetapkan undang-undang ini kerana menjangkakan bahawa lebih banyak satelit-satelit yang akan dilancarkan ke orbit rendah bumi dalam masa beberapa tahun ini, dan ia akan menyebabkan ruang angkasa lepas disekeliling bumi semakin berkurangan, dan ini akan menyebabkan kebarangkalian bahawa satelit-satelit angkasa bertembung dengan satu sama lain.

Melalui rang undang-undang yang dicadangkan, satelit-satelit yang tidak lagi beroperasi haruslah dinyah-orbitkan dalam masa lima tahun, dengan pengecualian untuk beberapa projek oleh NASA bergantung kepada keperluan satelit-satelit ini berada di orbit mereka.

Sekiranya diluluskan, syarikat-syarikat yang sudahpun mendapatkan kelulusan untuk melancarkan satelit mereka boleh membuat pengubahsuaian untuk memastikan satelit-satelit ini dapat dilupuskan pada masa yang ditetapkan.

Komen