WiFi 6E masih belum digunakan secara meluas tetapi ia teknologi seterusnya WiFi 7 telahpun diumumkan dengan ia menjanjikan internet yang lebih pantas. Pada hujung minggu lalu Intel dan Broadcom telah melakukan demo WiFi 7 mereka dengan kelajuan muat turun mencecah 5Gbps.

Ini adalah sehingga lima kali ganda lebih pantas berbanding WiFi 6. Selain kelajuan lebih pantas, WiFi 7 turut akan mengurangkan masa pendam sekaligus membolehkan ia digunakan oleh peranti VR dan lebih menarik sekali penstriman video pada resolusi 16K UHD yang tidak boleh dilakukan sekarang. Intel turut berkata ekosistem untuk WiFi 7 sudahpun wujud tetapi teknologi hanya akan diperkenalkan secara meluas pada tahun 2024.
- Sumber
- Sumber – Intel