Xperia Stream Adalah Kipas Penyejuk Yang Mengubah Xperia 1 IV Kepada Peranti Gaming

Diterbitkan pada Sep 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony hari ini telah mengadakan acara khas untuk produk Xperia berkait rapat dengan permainan video mudah alih. Produk ini adalah Xperia Stream yang dibina khusus untuk peranti Xperia 1 IV. Ia adalah sebuah kipas penyejuk, tetapi juga merupakan alat yang mengubah peranti memfokuskan fotografi kepada peranti memfokuskan permua.

Xperia Stream hadir dalam bentuk kerangka pelindung yang sangat tebal dan besar. Ia mempunyai port HDMI, bicu audio 3.5mm, LAN dan juga port UBS-C. Pengguna juga memerlukan aplikasi Game Enhancer untuk kawalan kelajuan kipas, kuasa pengecasan, memantau suhu peranti, kecerahan skrin dan banyak lagi.

Aksesori ini turut membenarkan pengguna sambungkan Xperia 1 IV kepada monitor atau televisyen. Tetapi dihadkan kepada 1080p dan 120Hz sahaja. Xperia Stream turut membolehkan pengguna menstrim dan merakam sesi permainan. Sony mendakwa yang produk ini direka bersama-sama dengan pakar permua. Kekurangan padanya adalah ia tidak mempunyai butang kawalan fizikal.

Cuma buat masa ini, Sony masih tidak mengumumkan tarikh jualan, harga jualan serta akan ada atau tidak variasi untuk Xperia V IV nanti.

komen


© Amanz / 2022 Kami