Google dijangka akan hadir dengan Chromecawst with Googe TV baharu yang lebih mampu milik. Ia adalah dongel TV pintar baharu yang dihadkan dengan penstriman pada kadar resolusi FHD sahaja.
Baru-baru ini, Kuba Wojciechowski seorang pembangun bebas baru-baru ini menemui kod dalam Android 12 for TV yang dongel ini akan dijana dengan cip yang sedikit kurang berkuasa iaitu Amlogic S805X2 CPU tetapi menyokong codec AV1 dan turut menggunakan memori 1.5GB RAM. Kuba turut menemui nama produk ini dalam kod, iaitu Chromecast HD.

Tambahan lagi, dengan Android 13 for TV memerlukan memori sekurang-kurangnya 2GB RAM – Chromecast HD akan kekal dengan versi Android 12 sahaja. Untuk WiFi, ia menggunakan cip NXP 88W8987 untuk sokongan Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.2. Kod turut mendedahkan alat kawalan jauh yang sama dengan dongel asal.
Harga jualan Chromecast HD dijangka akan dijual pada sekitar RM180. Google dijangka akan menjual dongel ini pada 6 Oktober akan datang ketika pelancaran Pixel 7.