Carian
Imej Pengolokan OnePlus 11 Pro Tertiris – Bonggol Kamera Gergasi Bulat Dan Kembalinya Suis Lungsur
September 12, 2022 Fahim Zahar

OnePlus dijangka akan melancarkan satu lagi peranti mercu pada hujung tahun akan datang. Peranti ini dikatakan adalah OnePlus 11 Pro dan ia mungkin akan tiba seawal hujung tahun ini. Peranti ini mungkin akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2.

Imej pengolokan peranti ini telah tertirtis di arena web, di mana OnePlus 11 Pro dilihat masih menggunakan rekabentuk tubuh mirip OnePlus 10 Pro. Tetapi pada modul kamera, mereka telah mengubah dengan menggunakan bentuk bulat gergasi seakan pada Xiaomi 12S Ultra dan kemudian dicantumkan dengan bonggol kamera mereka yang sedia ada.

Kamera dilihat mempunyai tiga sensor dengan satu untuk LED flash, serta penggunaan Hasselblad telah kembali pada peranti ini. Bukan itu sahaja, peranti juga dilihat mempunyai suis lungsur ikonik selepas dibuang pada OnePlus 10T.

Skrin hadapan peranti masih menggunakan rekaan skrin berlubang untuk kamera swafoto. Warna peranti yang didedahkan adalah hitam, besar kemungkinan dengan kemasan seakan sandstone lembut mereka. Apa pendapat anda mengenai rekaan peranti OnePlus 11 Pro kali ini?

Komen