Starbucks Umum Sistem Ganjaran Berasaskan Rantaian-Blok Dan NFT, Starbucks Odyssey

Diterbitkan pada Sep 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Starbucks hari ini berkongsi lanjut berkenaan perancangan menawarkan sistem ganjaran berasaskan kepada rantaian-blok dan juga NFT, dinamakan sebagai Starbucks Odyssey.

Untuk makluman, Starbucks sedia menyatakan hasrat berkenaan perkara ini pada awal tahun ini, dan kini berkongsi namanya secara rasmi. Pada masa yang sama, Starbucks turut mengumumkan ia akan berasaskan kepada rantaian-blok Polygon.

Starbucks

Starbucks menyatakan akan mengintegrasikan Starbucks Rewards sedia ada, bersama-sama dengan sistem NFT ini kelak, memberikan lebih ganjaran kepada pengguna.

Buat masa ini, penawaran penuh masih tidak dinyatakan lagi. Namun, Starbucks telah membuka halaman khusus untuk pendaftaran minat berkenaan Starbucks Odyssey ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami