Carian
Kuo : Permintaan iPhone 14 Pro Max Dikatakan Sangat Tinggi, iPhone 14 Plus Kurang Diminati
September 12, 2022 Aman

Apple telah pun memperkenalkan siri iPhone baharu pada minggu lepas, dan membuka pra-tempahan dibeberapa buah negara. Daripada data awal yang dihimpunkan penganalisa Ming-Chi Kuo, ia dikatakan permintaan untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus adalah sangat rendah.

Ia dikatakan permintaan adalah lebih rendah berbanding dengan iPhone 13 Mini dan iPhone SE 3 untuk kedua-dua model tersebut.

Apa pun, permintaan untuk model iPhone 14 Pro Max dikatakan sangat tinggi berbanding model lain, sementara iPhone 14 Pro adalah seperti sasaran.

Ini sekaligus memperlihatkan orang ramai lebih menyukai perubahan besar yang dibawakan oleh iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang menyertakan kamera lebih berkuasa, cip dikemaskini, serta ciri Dynamic Island pada bahagian skrin berlubang.

Di Malaysia, pra-tempahan akan dimulakan bermula penghujung minggu ini.

Komen