Carian
iOS 16 Kini Boleh Dimuat Turun Pada iPhone 8 Dan Ke Atas
September 13, 2022 Effi Saharudin

Sistem operas terkini iPhone iaitu iOS 16 kini boleh dimuat turun oleh pengguna peranti-peranti yang layak menerimanya. Saiz muat turun sistem operasi ini ialah 3.1GB dan boleh dilakukan secara OTA seperti kebiasaannya.

iOS 16 membawakan ciri Always on Display pada iPhone untuk pertama kali dalam sejarah serta sokongan widget yang lebih baik, sokongan Face ID dalam posisi mendatar, memadam mesej yang telah dihantar menggunakan iMessage dan banyak lagi. Untuk melihat 16 ciri menarik iOS 16 sila ke pautan di bawah. iPhone Phone 6s/6s Plus, iPhone SE (Gen-1), iPhone 7 /7 Plus adalah lima iPhone yang tidak akan menerima kemas kini iOS 16. Peranti yang lebih baharu seperti iPhone X, iPhone 8 dan ke atas boleh memuat turunnya sekarang.

Komen