Cari @ Amanz

Pada tahun 2018 Samsung The Wall dilancarkan di peringkat global dengan ciri unik ia terdiri daripada panel Mikro LED modular sebesar 146″. Dengan panel modular, pengguna sebenarnya boleh menggabungkan setiap unit mini untuk membentuk paparan dalam apa jua saiz, dan nisbah skrin.

Di acara Samsung Display Tech Summit 2022 yang berlangsung di Bangkok hari ini, Samsung melancarkan The Wall generasi baharu. Seperti model terdahulu, The Wall All-in-One (juga dipanggil siri IAB) baharu mengekalkan panel Mikro LED modular tetapi dengan beberapa penamabahbaikan.

Terdapat sokongan HDR 10+ dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Perbezaan yang lebih besar pada The Wall All-in-One ialah ia kini terdiri daripada panel modular yang memanjang. Dengan ini proses memasang The Wall AIO adalah lebih pantas berbanding The Wall terdahulu dengan komponen panel modular yang lebih kecil.

Speaker dan kotak kawalan kini terbina terus pada panel mengurangkan komplikasi dan penggunaan ruang. The Wall All-in-One ditawarkan dalam saiz 146″ 4K, 146″ 2K dan 110″ 2K.

Turut diumumkan di Samsung Display Tech Summit ialah The Wall siri IWB yang mengekalkan rekaan The Wall asal dengan panel modular lebih kecil dengan kemampuan disambungkan untuk menghasilkan paparan sehingga 220″ 8K 120Hz dan HDR10+.

The Wall All-in-One siri IAB dan The Wall IWB kini dipasarkan di rantau Asia Tenggara dan Oceania bagi pelanggan perniagaan dan juga konsumer. Harga jualan belum diumumkan pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd