Omnivision Memperlihatkan Modul Pengimbas Kamera 4K Dan HDR Untuk Komputer Riba

Diterbitkan pada Sep 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Salah satu komponen dalam sebuah komputer riba yang tidak diberi penekanan yang begitu banyak ialah modul kamera yang terbina. Secara lazimnya, ia akan hadir dengan resolusi 720p ataupun 1080p dan hadir dengan sistem pengecaman wajah yang digunakan untuk melog masuk kedalam komputer menggunakan Windows Hello.

Omnivision, sebuah syarikat pembangun modul kamera kecil baru-baru ini telah memperkenalkan modul pengimbas CMOS terbaru mereka, yang dinamakan OV08X, yang hadir dengan resolusi 9.2MP dengan saiz piksel 0.7-micron yang membolehkannya merakam video pada resolusi 4K dan dengan kebolehan HDR.

Lebih menarik lagi, Omnivision mengatakan bahawa modul CMOS ini boleh digunakan dalam pelbagai jenis komputer riba, termasuklah komputer riba gaming yang besar, sehinggalah komputer riba kelas produktiviti dalam kelas nipis dan ringan.

Kamera yang menggunakan modul CMOS ini juga akan boleh memanfaatkan ciri-ciri seperti auto-framing, penjejakan manusia dan perubahan sudut pandangan. Modul CMOS OV08X ini sedang diuji dan akan dibangunkan secara besar-besaran pada penghujung tahun ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami