Cari @ Amanz

NVIDIA dijangka akan memperkenalkan siri kad grafik terbaru mereka di acara GeForce Beyond pada 20 September ini dengan perkenalan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 terlebih dahulu.

Terkini, rekaan kad grafik ZOTAC RTX 4090 telah tertiris, dimana kad grafik ini dilihat hadir dengan tiga kipas penyejuk yang besar bersama-sama dengan rangka penyejukan yang gergasi. Lebih menarik lagi ialah bongkah penyejukan kad grafik ini dilihat hampir dua kali lebih panjang daripada papan litar kad grafik RTX 4090.

Daripada gambar-gambar yang diperlihatkan juga, ia juga nampaknya disahkan bahawa kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 (khususnya yang dibangunkan oleh syarikat pembangun parti ketiga) akan menggunakan dua palam kuasa PCIe 5.0 12VHPWR yang mana kad grafik ini akan hadir dengan jumlah penggunaan kuasa (TDP) setinggi 450W.

Oleh kerana ini, kad grafik ini akan perlu menggunakan kabel kuasa yang dibangunkan khusus dengan palam kuasa tersebut, kerana rekaan fizikal kabel kuasa sedia adalah berbeza dengan palam-palam kuasa yang baru.

Jenama-jenama pembangun kad grafik seperti ZOTAC, ASUS, MSI dan sebagainya dijangka akan melancarkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000 mereka tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd