Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lalu, Sonos telah melancarkan pembesar suara teater rumah kelas mampu-milik mereka, Sonos Ray untuk mereka yang mahu merasakan pengalaman kualiti audio sinematik di rumah.

Sambungan kepada itu, Sonos sekali lagi memperkenalkan sebuah lagi peranti audio yang boleh dipadankan bersama-sama dengan produk audio lain mereka seperti Sonos Beam dan juga Sonos Ray, iaitu Sonos Sub Mini.

Berbeza dengan Sonos Sub yang dilancarkan sebelum ini, Sonos Sub Mini hadir dengan saiz yang lebih padat, dengan rekaan silinder yang membolehkannya diletakkan dimana-mana kawasan didalam rumah yang boleh disambungkan kepada peranti Sonos lain secara nirwayar.

Ia hadir dengan fungsi seperti TruePlay yang membolehkan pengguna untuk menyesuaikan tetapan produk Sonus secara automatik dengan menekan satu butang sahaja. Ia juga tampil dengan komponen force-cancelling driver pada Sonos Sub sebelum ini yang memastikan bahawa subwoofer ini tidak bergegar apabila beroperasi pada kadar kelantangan yang tinggi.

Pratempah untuk pembesar suara subwoofer Sonos Sub Mini kini dibuka melalui laman web TrySonos pada harga RM2999 dan akan mula dijual di pasaran tempatan pada 6 Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd