Arab Saudi Hadir Dengan Robot Yang Boleh Sampaikan Khutbah Dan Azan Dari Imam Serta Muazin

Diterbitkan pada Sep 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Arab Saudi terus menambah sedikit demi sedikit implementasi teknologi dalam pengurusan di Masjid al-Haram. Ini termasuk dari segi penggunaan kecerdasan buatan dan juga robotik.

Terbaru, robot baharu diperkenalkan yang boleh membaca Quran, pesanan, khutbah dan juga azan melalui imam. Maklumat penuh berkaitan dengannya tidak diketahui sama ada ia akan menyimpan sejumlah rakaman, atau ia akan berfungsi sebagai sebuah speaker mudah-alih kepada para jemaah. Ia dilihat robot turut menyertakan sebuah skrin besar yang membolehkan paparan maklumat daripada laman rasmi, serta paparan kandungan berkaitan lain.

Disamping itu, robot ini juga akan menyediakan sebuah barkod khusus, membolehkan jemaah memuat-turun sejumlah perkhidmatan terus ke telefon pintar.

Robot ini turut hadir dengan sokongan pembantu maya berasaskan suara – dimana jemaah boleh meminta maklumat berkaitan imam, jadual mingguan, dan informasi berkaitan solat dan sebagainya.

Penambahan robot ini adalah melengkapkan beberapa penawaran sedia ada, termasuk untuk pembersihan dan robot fatwa.

komen


© Amanz / 2022 Kami