Carian
Kandungan Podsiar Twitter Eksklusif Kepada Pengguna Twitter Blue Buat Masa Ini
September 13, 2022 Fahim Zahar

Bulan lepas, Twitter telah mengumumkan yang mereka ingin mengubah ciri sembang audio Spaces mereka menjadi platform podsiar. Melalui kandungan sembang audio yang disimpan, ia boleh didengar semula sebagai podsiar jika ada pengguna terlepas atau ingin mengulanginya.

Kandungan podsiar Twitter Spaces ini akan mempunyai kategori tersendiri seperti berita, muzik, sukan dan lain-lain lagi. Selain mengikut kategori, cadangan kandungan podsiar juga adalah berdasarkan minat pengguna seperti siapa yang diikuti, corak penggunaan seperti interaksi pengguna dan sebagainya.

Terkini, Twitter mula melancarkan Spaces Tab untuk pengguna Twitter Blue agar mereka boleh mengakses kandungan Spaces dan juga podsiar. Setiap podsiar turut akan mempunyai iklan dan akan ada Spaces Statuion di mana Twitter mengumpulkan podsiar dalam satu kumpulan untuk pengguna dengar mengikut giliran.

Masih tidak pasti bila Twitter akan menawarkan ciri ini kepada pengguna Twitter biasa atau adakah ia akan menjadi eksklusif kepada Twitter Blue sahaja. Podsiar Twitter akan datang boleh diakses melalui Android dan iOS sahaja dan tiada di tempat lain.

Komen