HONOR Magic4 Pro – Telefon Premium, Perkakasan Serba Canggih

Diterbitkan pada Sep 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak kiralah sama ada perlu membuat pilihan apa sekalipun, ia mestilah bergantung kepada keperluan masing-masing. Misalnya, jika anda sedang mencari peranti pintar yang seimbang dari segi dalaman mahupun luaran, pengenalan HONOR Magic4 Pro tempoh hari telah membuka satu lagi ruang baharu untuk pengguna membuat pilihan yang baik.

Ia tidak sekadar premium, bahkan inovasi padanya berjaya membuatkannya mempunyai sesuai yang berbeza berbanding pesaing setara. Tetapi adakah ianya benar? Persoalan seperti ini kerap kali bermain difikiran pengguna. Tambahan pula sesiapapun sudah semestinya tidak mahu rugi selepas membeli. Teruskan membaca perkongsian ini bagi melihat sendiri penawaran menarik yang ada pada peranti terkini HONOR Magic4 Pro


Pengimejan Gred Professional

Kamera serba boleh adalah salah satu titik jualan pada HONOR Magic4 Pro. Ia memiliki sehingga tiga pilihan lensa berciri unggul serta mampu memenuhi pelbagai situasi semasa. Kamera utama adalah 50MP (f/1.8) dengan sensor bersaiz 1/1.56-inci bagi menangkap lebih banyak cahaya sekaligus meningkatkan lagi prestasi fotografi. Kemudian, terdapat juga kamera ultra-lebar 50MP (f/2.2) dengan kebolehan tangkapan seluas 122 darjah yang sangat berguna untuk rakaman gambar sejenis landskap. Seterusnya, kamera telefoto periskop 64MP yang menawarkan zum optikal sehingga 3.5x, zum hybrid 10x dan zum digital pula 100x. 

Pada dasarnya semua ini adalah gabungan lensa yang munasabah  dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Tambahan pula penggunaan kamera pada peranti pintar sudah meluas dan meliputi pelbagai jenis fotografi. Ada yang sukakan gambar statik dan tidak kurang juga yang gemar mengambil jenis landskap khususnya pemandangan. Apa yang diberikan oleh HONOR boleh dianggap sebagai tawaran menarik yang akan meletakkan peranti itu di kelas tersendiri. Begitu juga dengan kemampuan telefoto yang tidak semua peranti mercu menawarkan sensor sedemikian sebagai sebahagian daripada kamera utama. Tetapi HONOR memutuskan untuk tetap menyertakannya bagi membawa pengalaman fotografi telefon pintar ke tahap baharu yang luar biasa.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa bonggol di belakang seakan memperlihatkan kewujudan lima kamera untuk kesemuanya. Jangan silap kerana dua kamera lain yang kelihatan adalah Flicker Sensor yang diiklankan mampu mengurangkan kerlipan dengan berkesan sewaktu mengambil gambar. Kemudian, sensor 8×8 dTOF pula bertindak sebagai fungsi autofokus yang mengesan objek atau subjek dengan masa nyata seterusnya menghasilkan  kesan bokeh yang menakjubkan.


Teknologi LTPO+ 1920Hz PWM Dimming Baik Untuk Mata Hanya Dari HONOR

Tidak dinafikan ramai antara kita yang mempunyai tabiat kerap menghabiskan berjam-jam lamanya dengan peranti pintar. Tanpa sedar ia sebenarnya menyumbang kepada penyebab berlakunya pandangan kabur dan keletihan mata. Justeru itu, HONOR telah mengambil langkah bijak dengan menyertakan teknologi canggih paparan LTPO+ dengan 1920Hz PWM Dimming pada telefon pintar ini.

Untuk rekod, ia adalah antara yang terawal dibekalkan teknologi sedemikian dalam usaha menyediakan pengalaman penglihatan yang selesa. Secara ringkasnya, ia bantu mengurangkan kecerahan tidak seimbang dan kerlipan pada skrin. Keadaan ini bukan sahaja mampu melindungi mata malahan mengelakkan masalah sakit kepala khususnya penggunaan peranti dalam persekitaran malap. Menurut HONOR, penggunaan dalam dunia nyata turut menunjukkan prestasi lebih baik berbanding pesaing setara.

Pengalaman ini menjadi lebih baik dengan skrin besar 6.81-inci OLED FHD+ yang terang untuk paparan visual hebat sewaktu digunakan untuk menonton video atau bermain permua. Saiz bezel yang nipis pada peranti turut membolehkan pengguna melihat pelbagai elemen tanpa batas. Ditambah lagi dengan bantuan skrin melengkung di kedua-dua sisi turut menjadikannya selesa untuk digunakan untuk jangka masa panjang. Dengan sokongan kadar segar semula 120Hz juga dianggap sebagai pakej sempurna dalam menyediakan peralihan animasi yang baik dan lancar. Bukan sekadar itu, cip paparan bebas MEMC turut digunakan yang secara bijak meningkatkan kadar bingkai daripada 30fps kepada 60fps.


Fungsi & Kemaskini Sentiasa Up-To-Date

Pernah berhadapan dengan situasi di mana anda sedang berbual di telefon pintar di tempat awam. Kemudian orang sekeliling boleh mendengar perbualan tersebut. Pasti sangat menjengkelkan bukan? Usah risau hal tersebut tidak akan berlaku lagi di masa akan datang kerana HONOR menawarkan penyelesaian baharu.

HONOR Magic4 Pro disertakan ciri AI Privacy Call disokong oleh gabungan teknologi AI dan Directional Sound Technology yang mampu mengelakkan berlakunya kebocoran bunyi untuk panggilan telefon yang lebih peribadi. Bagaimana ia berfungsi? Kelantangan audio boleh dilaras dan disesuaikan dari skrin, kemudian bunyi pada pembesar suara hanya akan ditala ke telinga sahaja. Ini bagi memastikan walaupun pengguna berada dalam ruang yang kecil seperti lif, kereta atau bilik mesyuarat dapat berborak dengan tenang tanpa perlu risau perbualan didengari.

Selain daripada itu, HONOR juga dikatakan turut bertekad untuk menambah baik kelemahan pada generasi sebelum ini dan menjadi lebih baik untuk kali ini. Melaluinya, mereka akan memastikan sistem pada HONOR Magic4 Pro akan sentiasa dikemaskini bertujuan untuk kestabilan dan mengoptimumkan penggunaan. Dalam masa sama, satu lagi kemaskini sistem akan diberikan pada penghujung September ini. Bukan itu sahaja, pelancar terkini MagicOS 7.0 turut diperkenalkan dengan pelbagai penawaran baharu seperti antaramuka yang direka semula dan pengalaman yang lancar merentas peranti.


Sekadar perkongsian ringkas, HONOR Magic4 Pro dilengkapi skrin 6.81-inci OLED FHD+ (1312×2848 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudianya dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, GPU Adreno 730, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula sebesar 4,800mAh yang juga menyokong sistem pengecasan pantas 100W. Kamera utama terdiri dengan 50MP+ 50MP + 64MP + Flicker sensor + sensor 8×8 dTOF dan kamera hadapan pula 32MP.

Pada harga jualan RM3999, ia dianggap julat harga yang agak kompetitif untuk kategori peranti mercu premium di Malaysia. Bagi yang berminat, ia sudah boleh dibeli di Malaysia dan beberapa pilihan warna turut ditawarkan seperti Black, Cyan atau Gold. Tidak ketinggalan, anda juga boleh mendapatkan HONOR Magic4 Pro dengan hanya RM55/sebulan menerusi pelan pascabayar Maxis Zerolution. Tertakluk pada terma dan syarat! Maklumat maklumat lebih lanjut mengenai produk dan promosi menarik, sila layari laman web rasmi HONOR Malaysia.

Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami