Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan iOS 16. untuk pengguna iPhone hari ini, pihak Apple turut mula memperkenalkan kemaskini iOS 15.7, iPadOS 15.7 dan juga macOS Monterey 12.6 kepada pengguna peranti Apple.

Kemaskini ini mengatasi salah satu masalah kerentanan sekuriti, sekaligus memastikan peranti-peranti Apple anda kekal selamat daripada ancaman sekuriti.

Kemaskini sekuriti sama juga turut disertakan pada iOS 16, dan kemaskini iOS 15.7 memastikan peranti lama turut menikmati perlindungan sekuriit sama.

Bagi anda yang menggunakan peranti Apple, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd