Kelak YouTube Akan Memaparkan Sehingga 5 Iklan Sebelum Video Boleh Dimainkan

Diterbitkan pada Sep 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Masihkah anda ingat zaman awal YouTube dimana video boleh ditonton tanpa iklan? Kemudian ia meningkat ke satu video sebelum boleh dimainkan sebelum meningkat ke dua video dalam kes tertentu. Kelak jumlah ini akan meningkat ke lima iklan di awal video.

Pengguna Twitter dan Reddit mula memuat naik gambar yang menunjukkan lima iklan akan dimainkan sebelum video boleh dimainkan. Menurut YouTube yang telah menjawab soalan orang ramai, iklan yang dimainkan lima kali berturut-turut ini adalah bawah 6 saat setiap satu. Oleh sebab itu lima dimainkan berterusan berbanding dua iklan yang turut mengambil masa sehingga 30 saat.

Bagi mereka yang tidak mahu disajikan iklan, satu-satunya cara yang “halal” untuk tidak menonton iklan ialah dengan menggunakan YouTube Premium sahaja pada waktu ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami