Amazon Kemaskini Kindle Versi Asas Dengan Sokongan USB-C, Skrin Lebih Baik

Diterbitkan pada Sep 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amazon hari ini mengemaskini penawaran Kindle mereka, melalui pengenalan model Kindle asas yang kini hadir dengan pengecas berasaskan USB-C.

Disamping itu, penawaran Kindle baharu turut menyertakan penggunaan bateri lebih lama, serta skrin dengan kadar 300ppi untuk papran lebih baik.

Kindle baharu ini turut hadir dengan ruangan storan sebesar 16GB padanya dalam membolehkan anda menyimpan lebih banyak buku padanya, termasuk terutamanya untuk mendengar buku-audio.

Amazon akan mula menjualnya bermula Oktober kelak, pada harga $100 untuk versi peranti yang hadir dengan sokongan iklan, atau $120 untuk yang tiada iklan.

komen


© Amanz / 2022 Kami