Cari @ Amanz

Microsoft kini menguji sebuah ciri baharu pada Edge untuk Android (melalui versi Canary), iaitu kebolehan menghalang iklan video.

Melalui ciri ini, ia akan menghalang paparan berbentuk iklan video pada sejumlah laman, termasuk seperti YouTube. Ciri ini masih pada peringkat eksperimental, dan perlu diakses melalui edge://flags/ secara manual buat masa ini.

Untuk makluman, sebelum ini Edge sedia mempunyai ciri penghalang paparan iklan yang dikuasakan Adblock Plus, dan ini dilihat memperluaskan lagi ciri tersebut untuk turut meliputi halangan paparan video iklan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian eksperimental. Berkemungkinan, jikalau ditawarkan kepada umum, ia akan kekal sebagai pilihan, dan perlu diaktifkan secara manual oleh para pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd