Facebook kini dilihat mengambil inspirasi Discord, dan memperkenalkan sebuah ciri baharu, dinamakan sebagai Community Chats.

Ciri baharu ini bakal diperkenalkan pada Facebook Messenger dan juga Facebook Groups. Melaluinya, setiap bilik sembang dibahagikan kepada beberapa bahagian di dalamnya, menjadikan ia lebih tersusun sekiranya melibatkan komuniti besar.
Mark Zuckerberg mengatakan membangunkan ini akan memudahkan lagi pengguna berhubung dan memperluaskan lagi minat mereka dalam sesuatu komuniti secara lebih tersusun.
Ciri baharu ini pada peringkat pembangunan, dan dijangka diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.