Carian
ASUS ExpertBook B3 Detachable Dilancarkan Dengan Snaprdragon 7c Gen 2
September 14, 2022 Effi Saharudin

ASUS ExpertBook B3 Detachable telah dilancarkan semalam sebagai komputer riba WIndows pertama menggunakan cip Snapdragon 7c Gen 2. Ia turut dilengkapi skrin 10.5″ FHD, memori sehingga 8G RAM, storan 128GB eMMC, kamera utama 13MP, kamera hadapan 5MP dan bateri yang boleh menawarkan penggunaan sehingga 21 jam.

Papan kekunci komputer riba disambungkan menggunakan magnet lengkap dengan pad sesentuh. Ia juga kalis tumpahan air kerana Expertbook B3 melepasi piawaian ketenteraan MIL-STD 810H. Turut disertakan ialah sebuah stylus yang boleh disimpan dalam tubuh secara terbina.

Hanya terdapat satu port USB-C pada komputer riba yang boleh menggunakan sehingga Windows 11 Pro. Komputer tablet ini boleh digunakan secara menegak ataupun mendatar. ASUS ExpertBok B3 Detachable dijual pada harga bermula $600 (~RM2714) sebuah.

Komen