Harga Jualan Samsung Galaxy A33 5G Dan Galaxy A53 5G Dikemaskini – Bermula Dari RM1349

Diterbitkan pada Sep 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti di bawah siri Samsung Galaxy A kebanyakannya terkenal dengan penawaran aspek yang seimbang dan tanda harga jualan yang mampu milik. Baru sahaja dilancarkan sekitar bulan Mac yang lalu, kini Samsung telah mengemaskini harga jualan Galaxy A33 5G dan A53 5G dengan penawaran lebih murah.

Kedua-dua peranti diberi potongan harga sebanyak RM150 sekaligus menjadikannya Galaxy A33 5G kini boleh dibeli pada RM1,349, sementara itu Galaxy A55 5G pula berharga RM1,699. Bagi yang berminat, ia sudah tersedia sekarang menerusi kedai atas talian rasmi Samsung Malaysia.

Pelanggan juga boleh berjimat menerusi program tukar-beli peranti lama dengan Galaxy A33 5G dan Galaxy A55 5G. Turut disertakan adalah pelbagai tawaran menarik merangkumi rebat sehingga RM150, enam bulan storan awanan 100GB Ondrive secara percuma atau diskaun 40% untuk pembelian dengan pembelian (PWP) Travel Adapter bersama Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G.

komen


© Amanz / 2022 Kami